@PDRMsia @Zahid_Hamidi Tahun Baru 2014 Bakal Dicemari Himpunan Haram!!


Terdapat 2 kumpulan dilaporkan akan melakukan himpunan jalanan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013 ini.

Kumpulan pertama yg tidak jelas identitinya telah menyebarkan bahan promosi dengan nama Himpunan Guling Kerajaan.

Manakala kumpulan kedua yang diterajui Azan Safar menggabungkan Solidariti Anak Muda Malaysia dan Soladariti Mahasiswa Malaysia membentuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). Kumpulan ini mengatakan tidak terlibat untuk menggulingkan Kerajaan tetapi ingin mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan yang bakal dinaikkan pada 2014.

Ini dilihat satu taktik untuk meramaikan kumpulan demonstran. Strategi ini pernah dilakukan dalam siri perhimpunan beraih dan kl112 dimana kumpulan2 kecil digabungkan membentuk kumpulan besar dengan kepentingan2 tersendiri.

Adalah dijangka jika perhimpunan ini diteruskan ia akan menggugat keselamatan orang awam yg akan memenuhi dataran merdeka untuk sambutan tahun baru 2014.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone