Anwar Gagal Penuhi Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian Jepun #KonekKiciwa #AnwarBlakangTaro

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Tokyo kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun, kata seorang pegawai Imigresen Jepun.
Menurut pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi pada Isnin.
Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.
Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.
Menerusi kenyataan pada Isnin, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.