Krisis Dalaman PKR Mengheret Rakyat Kepada #PRKKajang


Disebabkan kemelut masalah dalaman yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan.
Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu.
Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.