Mengapa Bro Lim Hantar Surat Terbuka Kepada @NajibRazak Bukan Anwar ? @PMOMalaysia

Apa Tujuan sebenar disebalik surat menganjing Perdana Menteri itu? Pengisian yang ditulis lebih ke arah menyerang imej Najib yang telah terserlah BURUK atau cubaan membantu Anwar bagi menutup isu Anwar kena halau dari Jepun?


Antara yang dibangkitkan oleh Bro LIM

-    Pertama, krisis pembinaan negara dan perpaduan nasional yang terlihat dengan jelas pada jurang kaum dan keagamaan yang paling lebar dalam sejarah negara – menjejaskan matlamat membentuk Bangsa Malaysia seperti yang disebut dalam Wawasan 2020 dan juga dasar utama Najib sendiri, iaitu 1Malaysia:
-   Kedua, krisis ekonomi yang semakin lebar, disebabkan oleh peningkatan harga yang telah berlaku dan bakal terjadi secara lebih meluas dan akan mencapai kemuncaknya apabila GST sebanyak enam peratus diperkenalkan pada April 2015;
-    Ketiga, krisis rasuah yang tidak menunjukkan ada usaha serius untuk menangani rasuah di peringkat tinggi (grand corruption) dan mengakhiri pembaziran dan salah guna wang rakyat secara besar-besaran.
-   Keempat, krisis kemerosotan tahap pendidikan nasional sehinggakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengelak untuk menyentuh tentang pencapaian buruk Malaysia dalam TIMSS 2011 dan PISA 2012; dan
-   Kelima, krisis keselamatan dan keamanan warga, pelabur, dan pelancong, memandangkan polis belum berubah menjadi sebuah pasukan yang cekap, bebas, dan profesional bertaraf dunia yang menjalankan tugas secara demokratik dan bukan hanya “mempertahankan rejim” sehingga sanggup bertindak melanggar norma-norma hak asasi manusia antarabangsa.

Tudik cukup dengan itu, si mata sepek ini semakin berani bermain dengan api mencari punca membakar peristiwa 13 Mei.

"Malangnya, kerajaan Najib yang tidak berpemimpin, tidak berteraju, serta dalam kebingungan itu terus hanyut tanpa arah sejak dua minggu lalu, tanpa ada sebarang penyelesaian ditawarkan bagi menangani lima krisis yang disebutkan di atas."

"Sejak 10 hari yang lalu pula, Najib dan Kabinet dilanda “tsunami kangkung” sehingga mereka diperolok-olokkan menerusi jenaka, video, satira, komedi, dan lakaran, mencambahkan produk-produk seperti Kangkung Fried Chicken, Burger McKangkung, dan malah merentasi sempadan antarabangsa sehingga “kadar kangkung” menjadi bahan berita dalam BBC, Channel News Asia, Singapore Straits Times, Jakarta Post dll.

“Kangkung” juga menjadi kegilaan dalam Internet dengan tiga video telah mencatatkan 1.2 juta tontonan di YouTube: “kangkung remix feat. Najib” oleh Yuri Wong mencatatkan 735,000 tontonan, video “Ucapan Najib ‘kangkung’ hangat di alam maya” mencatatkan 410,000 tontonan, manakala The Effing Show #99 “Let Them Eat Kangkung” pula menjadi item paling hangat dalam siri “popteevee” apabila mencatatkan 125,000 tontonan dalam masa lima hari."
Baca penuh disini.

KENAPA LKS YANG TULIS? ADAKAH LGE KETUA PEMBANGKANG ATAU BAKAL MENERAJUI NEGARA SELEPAS PRU14 NANTI?