Mungkin Penat Bertarung Dengan Ultraman dan Gaban, Anwar Offer Pelan Damai Kepada BN?


KINI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Menawarkan ‘pelan damai’ kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

“Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.

“Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat,” katanya.

Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.

“Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti,” katanya.

DULU TOLAK BULAT-BULAT, SEKARANG NAK SURUH ORANG LAIN TERIMA CADANGAN DIA PULA… ANWAR.. ANWAR…DAH KALAH TU BUAT CARA KALAH

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan “pendamaian nasional” hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.

Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.

“Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan “pendamaian nasional” perlu terima keputusan PRU13 dahulu.

“Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional,” katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap “pendamaian nasional” sejak PRU13, awal bulan lalu.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan “pendamaian nasional”.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui “pendamaian nasional” semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.

“Pokoknya perlu terima keputusan PRU13.

“Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik,” tambahnya.