Menurut undian yang dilakukan oleh The Star terhadap 2,125 pengundi muda yang bermula jam 8 pagi 43% mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
Mendapat tempat kedua adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus dengan undiansebanyak 497 undi.
Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beriya-iya untuk menjadi calon pilihan raya kecil itu hanya mendapat 21 peratus atau 450 undi dan menduduki tempat ketiga.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan.
Ini menunjukkan yang mengundi Anwar Ibrahim hanya penyokong setianya sahaja sedangkan rakyat Selangor sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral menjadi menteri besar.
Apapun itu cuma undian secara rambang. Tentunya tak tepat mana pun. Relaks. Jom Layan Lawak Satay Buat Anwar :