Selepas Di #Kangkong kan Besok Baru Kerajaan Bersedia Umumkan #TurunHargaKereta ?


Harga kenderaan di Malaysia dijangka akan diturunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun ini, dengan unjuran pengurangan antara 20 peratus hingga 30 peratus pada akhir tahun 2018.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyediakan kerangka kerja Penurunan Harga Kereta (CPR) yang mengandungi pelbagai langkah bermula 2013 hingga 2018, dan faktor sebenar ialah liberalisasi industri automotif tempatan.


Butir-butir lengkap mengenai perkara ini dijangka diumumkan esok oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan memperincikan Dasar Automotif Negara (DAN) yang sekian lama ditunggu-tunggu.