TAHNIAH!! Elaun Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai Dinaikkan 100% Untuk ROBOHKAN GERAI MELAYU!!



 Di sebalik langkah berjimat cermat yang sering dicanang dalam ceramah politik mereka selama ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat keputusan berbeza apabila menaikkan elaun Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebanyak 100 peratus.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan polemik baharu selepas kerajaan negeri baru-baru ini terpalit dengan kontroversi pembelian dua buah kereta berharga hampir setengah juta dalam tempoh hanya dua bulan bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Berkuat kuasa serta-merta, semua 24 Ahli Majlis yang mengangkat sumpah hari ini akan menikmati elaun sehingga RM3,000 iaitu jumlah maksimum berbanding RM1,500 sebelum ini.



Berdasarkan senarai pelantikan tahun ini pula, seperti diduga, DAP dan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membolot sebahagian besar kerusi Ahli Majlis MPSP.
Daripada 24 kerusi yang diperuntukkan, DAP menguasai 10 kerusi manakala PKR turut diberi tanggungjawab besar menerusi sembilan kerusi yang diberikan.

Pas yang sebelum ini pernah meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang dan mengancam untuk melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran negeri pula hanya diberikan dua kerusi melalui wakilnya iaitu Ahmad Kaswan Kassim dan Omar Hassan.

Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang turut melantik tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai Ahli Majlis yang mewakili sebanyak 12 peratus manakala Pas sebanyak lapan peratus.

Gandingan DAP dan PKR membentuk 80 peratus daripada keseluruhan kerusi yang ditawarkan.

Kesemua nama berkenaan diumumkan dalam majlis angkat sumpah di sini hari ini yang turut dihadiri Guan Eng bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Guan Eng dalam ucapannya menuntut kesemua yang dilantik menunjukkan prestasi terbaik kerana diberi elaun yang lumayan.

''Kenaikan elaun sebanyak RM3,000 secara maksimum seperti yang diumumkan seharusnya membuatkan, tidak ada alasan lagi bagi Ahli Majlis untuk tidak menunjukkan prestasi kerja seperti yang diharapkan.

"Selain itu, saya meminta supaya penilaian prestasi kerja dilakukan termasuk dari aspek menjawab panggilan telefon atau membalas panggilan tidak berjawab. Sekiranya sukar dihubungi, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan mereka," katanya.