Sampai ke teks Khutbah Jumaat untuk hari ini pun disiarkan mereka..Untuk tujuan apa teks khutbah ini disiarkan?? Untuk membolehkan rakyat yang bukan beragama Islam mempertikaikan teks khutbah ini..
Kalau sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mempertikai isi kandungan khutbah Jumaat yang telah disampaikan di masjid kononnya Islam sebuah agama yang rasis dan beranggapan buruk terhadap Kristian dan tindakan mereka ini telah dikritik hebat oleh umat Islam di Malaysia..
Kini..untuk mengelakkan pemimpin DAP terus dikecam kerana mencampuri urusan orang Islam, portal tali barut DAP iaitu Malaysiakini pula memainkan peranan dengan mengeluarkan isi kandungan teks ucapan khutbah Jumaat sebelum ianya dibaca pada solat Jumaat tengah hari ini.. Tujuannya supaya rakyat boleh mengkritik dan mempolitikkan isi kandungan teks khutubah Jumaat itu..-empayar-pemuda