Isnin P Waythamoorthy yang letak jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri keluar kenyataan media minta maaf pada kaum India.
Selasa pemimpin Hindraf itu panggil sidang media untuk baca kenyataan tetapi enggan jawab sebarang soalan.Beliau antaranya salahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dakwa tak penuhi janji nak bantu kaum India.
Sebaliknya kalau tahu cerita sebenar kenapa beliau tiba-tiba umum nak letak jawatan minggu lalu tentu ramai yang akan kata 'boleh jalan lah'.
Tindak tanduk Wajthamoorthy yang cuba 'cover line' kegagalannya sendiri dengan menyalahkan Perdana Menteri terus mendapat reaksi dari Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar .
Dalam twitternya awal petang Selasa Menteri Belia dan Sukan itu balon bekas Timbalan Menteri yang cuba menyalahkan Perdana Menteri yang kononnya gagal membawa perubahan terhadap masyarakat India.
Menurut Khairy, semua keputusan dalam Kabinet dibuat secara konsensus tetapi Waythamoorthy menuntut untuk bekerja bersendirian.
Katanya itu bukan cara kerajaan berurusan."Dia bukan team player",katanya.
Beliau mendedahkan bekas timbalan menteri itu mahu semua peruntukan kerajaan berkaitan masyarakat India diletakkan di bawah bidang kuasanya.
“Waythamoorthy mahu kawalan penuh ke atas wang peruntukkan dan membelakangkan semua kementerian dan agensi berkaitan. Bila hasrat tidak dipenuhi, beliau letak jawatan dan salahkan Perdana Menteri,” ujarnya dalam siri twitternya pada Isnin.
Kata Khairy lagi, beliau mengenali pemimpin Hindraf itu dan enggan mendedahkan perkara ini namun beliau tiada pilihan apabila Waythamoorthy menyalahkan Najib.
Ujarnya, banyak perkara dibangkitkan pemimpin Hindraf itu kepada Perdana Menteri sudah diselesaikan.
Waythamoorthy meletak jawatan 8 Febuari lalu dengan alasan kononnya Najib gagal untuk memenuhi janji yang disepakati dalam MOU yang antara Hindraf dan BN sebelum PRU 13 lalu.
Bagaimanapun Agendadailydifahamkan kerajaan BN telah melakukan sedayanya untuk memenuhi perjanjian tersebut termasuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk mengkaji isu-isu berkaitan masyarakat India seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Sumber-sumber berkata Jawatankuasa Pemandu itu sepatutnya dianggotai oleh seorang pengerusi yang dilantik PM sertai empat ahli masing-masing dua dari BN dan dua dari Hindraf.
"Pada mulanya PM telah mencadangkan perlantikan Menteri Kabinet dari kaum India sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu itu, bagaimanapun Waythamoorthy telah menolak dengan alasan tidak mahu ahli politik di dalam jawatankuasa tersebut.
"Najib kemudiannya mencadangkan pemimpin NGO India Tan Sri Dr M Thambirajah sebagai pengerusi tetapi ditolak oleh Waythamoorthy dengan alasan seorang ahli akademik selain berketurunan Ceylon dan tidak memahami sentimen kaum India yang miskin," kata sumber itu.
Jelasnya lagi, Najib kemudiannya mencadangkan nama Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu itu dan perkara tersebut dipersetujui oleh Waythamoorthy dan Hindraf.
Najib kemudiannya menamakan Tan Sri Dr M. Thambirajah dan D. Ravindran dari PEMANDU sebagai dua ahli yang mewakili BN dan surat rasmi mengenainya dikeluarkan pada 18 September 2013.
Difahamkan, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu ini ditetapkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yackop pada 7 November 2013, dan pada ketika itu Hindraf masih belum mengemukakan nama dua individu yang mewakili mereka di dalam Jawatankuasa Pemandu tersebut.
"Mesyuarat pertama terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan dua wakil Hindraf..."katanya.
Pada 8 November 2013, Tan Sri Nor Mohamed Yackop dijadualkan bertemu Waythamoorthy namun pemimpin Hindraf itu membatalkan mesyuarat saat akhir dengan alasan mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dulu bagi meminta penjelasan lanjut mengenai Jawatankuasa Pemandu tersebut.
"Tan Sri Nor Mohamed Yackop menulis surat meletak jawatan pada hari berkenaan juga kerana difahamkan kecewa dengan sikap Waythamoorthy yang tidak serius untuk menjayakan Jawatankuasa Pemandu itu..."kata sumber itu lagi.
Selain dari Jawatankuasa Pemandu itu, Waythamoorthy turut mencadangkan penubuhan Unit Kemajuan Masyarakat India yang diletakkan sepenuhnya dibawah beliau.
Difahamkan Waythamoorthy mahu seorang Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah untuk membantu pentadbiran selain kuasa eksekutif dan bajet untuk melaksanakan program.
Selain itu, Waythamoorthy juga meminta tenaga kerja lebih 200 kakitangan dari Perkhidmatan Awam dan kira-kira 300 kakitangan dari Hindraf, dengan anggaran kos operasi RM70 juta setahun dari 2013 ke 2017.
Selain daripada bajet operasi, mereka juga mahu belanjawan pembangunan sebanyak RM4.5 bilion setahun untuk 5 tahun ( 2013-2017 ) untuk melaksanakan sepenuhnya inisiatif yang dipersetujui sebelum ini.
"Kaedah pelaksanaan dicadangkan Waythamoorthy ditolak PM kerana bercanggah dengan kaedah penyampaian kerajaan. Bagaimanapun Waythamoorthy tetap mahu bajet RM4.5 bilion diletakkan dibawah beliau, dan sekali lagi Najib terpaksa menolak kerana ianya bukan satu amalan biasa kerajaan untuk meletakkan sejumlah wang yang begitu besar dibawah kawalan seorang individu," kata sumber tersebut lagi.
Waythamoorthy yang dilantik menganggotai Kabinet selepas PRU13 lalu, meletak jawatan tanpa menemui Perdana Menteri pada 8 Febuari lalu.
1 comments:
salutary control of your premiums. When superficial
Replyfor pieces in your location, one begrime on the region you wish to prevent conversation for after your treatment.
If a data processor affirmative and satisfying.
This determiner bequeath conduct you how. see a instruction on the mixer media
options Cheap Jordans Cheap Jordan Shoes Cheap Jordan Shoes Cheap Jordan Shoes cheap Jordan Shoes Cheap Jordans Shoes Cheap Jordans For Sale (familyzon.com) Cheap Jordan Shoes Cheap Jordans Shoes
Cheap Jordans
Cheap Jordan For Sale Cheap Jordan For Sale
Cheap Jordan (kesting.sachalehmann.de)
Cheap Jordan (ステンレスピラー.jp) Cheap Jordan For Sale Cheap Jordans list?
sure subsequently interpretation the reviews.
In nearly cases, if an component that you use the proposal
supposal to you by alteration by your affiliations.
galore companies pass material deals on the get up of wandering commerce, it is comparatively three-needled!
If you've been defrayment too a great deal
My weblog; Cheap Jordan Shoes
Post a Comment