Apabila Orang Cina Berkata Teresa Kok MEMALUKAN Kaum Cina Di Malaysia. IMEJ MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA TERCEMAR ANGKARA KEBIADAPAN TERESA KOK.
Bukan saja imej DAP malah imej masyarakat Cina di Malaysia juga tercemar angkara kebiadaban Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang degil memohon maaf serta mengaku bersalah atas penerbitan video kontroversi Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Ini kerana video itu secara langsung membawa imej Cina yang kebetulan dibuat pada Sambutan Tahun Baharu Cina yang semestinya merosakkan perayaan dan imej Cina pada perayaan kali ini.
Ini diakui oleh beberapa pemimpin dan wakil NGO’s yang mewakili masyarakat Cina di Malaysia susulan daripada sikap Teresa Kok yang degil dan biadap.
Pendapat aku, Teresa seolah-olah tidak menghormati kaum Cina kerana cuba mewujudkan sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat ketika kaum Cina sedang menyambut Tahun Baharu Cina.
Tambahnya, jika negara dipimpin oleh pemimpin yang berkepentingan politik seperti Teresa, tidak mustahil negara akan menjadi mundur pada masa akan datang.
Benar kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada Teresa Kok. -Tok Guru.