Ketiga-tiga Menteri ini dikatakan akan DIGUGURKAN dari Kabinet apabila Najib Razak membuat rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib dijangka merombak barisan Kabinet beliau selepas Mei tahun ini, genap setahun selepas PRU-13.
Menurut portal "Malaysian Digest" yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri, Hassan Malek, Tengku Adnan dan Jamil Khir akan digugurkan.
Menurut sumber tersebut, ketiga-tiga mereka ini telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri.
Sumber tersebut dipetik sebagai berkata: "Ketiga-tiga mereka akan digugurkan kerana gagal melaksanakan dasar dan menangani isu dan mereka meletakkan tanggungjawab mereka dibahu Perdana Menteri dan meletakkan Perdana Menteri di dalam keadaan tertekan. Mereka sepatutnya bertanggung jawab kepada portfolio mereka dan bukannya membebankan Perdana Menteri dengan tanggungjawab mereka." (Jelapang: terjemahan).
Kata sumber tersebut lagi: "Perdana Menteri menerima tekanan yang tidak sepatutnya, semata-mata di atas kegagalan mereka melaksanakan tugas masing-masing."
Sumber tersebut juga berkata Kementerian Pengangkutan akan dikembalikan kepada MCA.
Sumber tersebut turut melaporkan, selain Jamil Khir, Tengku Adnan dan Hassan Malek, beberapa Menteri lain juga mungkin digugurkan.
Katanya, ramai Menteri-Menteri yang berada di dalam Kabinet sekarang tidak popular di kalangan rakyat.
Bagaimanapun, yang pasti, Jamil Khir, Ku Nan dan Hassan Malek akan digugurkan sementara Menteri-Menteri sedang di dalam perhatian.