All Media NEED to report positive news to improve morale of our resQ members and Family #MH370 #PrayForMH307 #MissingMH370

Embedded image permalink

Masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, masih tidak ada khabar positif daripada operasi tersebut. Keadaan semakin tegang. Media semakin mendesak dan mengasak bagi mendapatkan informasi terkini untuk dilaporkan. Namun keadaan ini perlu diredakan bagi memberikan ruang kepada ahli keluarga dan rakan kita yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Sehingga kini, pelbagai pendapat, teori dan telahan telah dibuat kebanyakan orang di luar sana lebih-lebih lagi di media-media sosial. Malah, ada di antara andaian dibuat dilihat keterlaluan sehingga boleh menyinggung perasaan ahli keluarga penumpang dan mereka yang terlibat dalam operasi dan menyelamat MH370.