Anwar Bersalah Liwat : #PRKKajang Medan Pertuduhan Kerajaan Sekali Lagi Berjaya Fitnah 'Anugerah Tuhan'


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, pada Jumaat, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel tiga hakim membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman terhadap beliau tidak lama lagi.

Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.


Fasal (1)(e) Bab LXIV, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN, sekiranya dia telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.

Fasal (3) Bab LXIV, memberi pengecualian kepada mana-mana orang yang sedang menjadi ADUN. Menurut Fasal (3), sekiranya mana-mana ADUN disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakannya dan dia mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari terhadap sabitan dan hukuman itu, maka kehilangan kelayakan itu tidak mula berkuatkuasa sehinggalah rayuan itu dibereskan.

Walau bagaimanapun, Fasal (4) Bab LXIV memperuntukkan bahawa:

"Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke DUN dan bagi maksud itu, kehilangan kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa daripada tarikh sabitan dan hukuman"

Sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabit serta menghukum Anwar Ibrahim melebihi 1 tahun penjara atau denda melebihi RM2,000 sebelum tarikh penamaan calon PRK Kajang, Anwar hilang kelayakan untuk mengemukakan kertas pencalonannya semasa proses penamaan calon, berdasarkan peruntukkan Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Sekiranya sabitan dan hukuman itu berlaku selepas tarikh penamaan calon tetapi dalam tempoh yang masih dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya (30 hari daripada tarikh keputusan PRK Kajang diwartakan), pemilihan Anwar boleh dicabar melalui petisyen atas alasan hilang kelayakan. Sekiranya petisyen pilihanraya itu berjaya, kerusi DUN Kajang kembali kosong.

Sekiranya sabitan dan hukuman berlaku selepas tamat tempoh yang dibenarkan untuk memfailkan petisyen pilihanraya, maka pengecualian dalam Fasal (3) adalah terpakai. Anwar boleh kekal menjadi ADUN sehinggalah rayuannya dibereskan.

    Post a Comment