Bomoh : #MH370 Sibuk Dipolitikkan PEMBANGKANG, Bila Agaknya Politik Kita Nak Matang? #PrayforMH370 #Pray4MH370

Bila agaknya politik di Malaysia akan matang? Yang dicari pesawat MH370. Yang diketawa Bomoh yang kononnya membantu. Ironinya, PEMBANGKANG dari ahli politik di Dewan Rakyat hingga cacai di media siber sibuk mengedit gambar dan edar kononnya Bomoh tersebut orang UMNO, BN. 

Di saat BN dan anggota mencari dan penyelamat berusaha mencari pesawat MH370, ada pihak yang senantiasa mencari apa jua yang boleh digunakan sebagai bahan politik bagi memburukkan UMNO,BN. Apa ini dapat membantu? Bangunlah. Matanglah sikit. Hentikan menjadi badut untuk ditawakan dunia. Cukuplah bomoh itu ditawakan, takkan ahli politik kita juga mahu dijadikan bahan tawa?