Beberapa pemimpin-pemimpin PR kelihatan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta bagi mendengar hukuman terhadap peguam Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
Karpal, 73, didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.
http://khairulryezal.blogspot.com/