Konfrem Wan Azizah GANTI Khalid Ibrahim? #KajangMove Strategi PECAT Khalid!!


Setelah mengharungi satu tempoh paling sengit dalam sejarah kempen Pilihanraya Kecil dalam negara akhirnya seluruh rakyat Malaysia menerima perkhabaran sahih bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah wakil rakyat bagi N25 Kajang.

Dengan mendapat undian sebanyak 16,741 undi Wan Azizah menewaskan pencabarnya Chew Mei Fun yang mendapat undian sebanyak 11,362 undi dengan majoriti 5379.

Walaupun di akui bahawa majoriti yang di miliki oleh Wan Azizah merosot daripada majoriti sebelumnya , kemenangan ini membuktikan betapa para pengundi benar-benar memilih calon daripada PKR ini untuk mewakili mereka seterusnya memberikan perkhidmatan seperti mana wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam satu keadaan berbeza mungkin juga pengundi Wan Azizah di Kajang tidak sangat memikirkan tentang perkhidmatannya di kawasan memandangkan mereka amat faham dan sedar tugas pemimpin seperti Wan Azizah mestilah bersama-sama dalam politik di peringkat tertinggi dan bukannya melayan karenah rakyat kerana kerja-kerja sedemikian boleh sahaja di uruskan oleh para pembantu mereka.

Oleh yang demikian maka bergemalah di seluruh Kajang bahkan kini di negeri Selangor sendiri kerusi milik Khalid Ibrahim perlu di serahkan kepada Wan Azizah dalam masa yang terdekat.Ini di lihat selari dengan kempen "Langkah Kajang" yang di gerakkan oleh PKR sewaktu tempoh berkempen.

Wan Azizah bakal mencipta sejarah politik tanahair apabila bakal menjadi Menteri Besar pertama di Malaysia.Umumnya telah mengetahui pilihanraya kecil Kajang di adakan semata-mata untuk membolehkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim menukar Menteri Besar Selangor.

Kini setelah Wan Azizah menang di Kajang , di fahamkan gesaan dari dalam parti supaya Khalid Ibrahim memberi laluan kepada Presiden PKR itu untuk menduduki jawatan Menteri Besar Selangor semakin kuat.


Malah merujuk kepada blog pro pembangkang sekalipun segala-galanya sudah pun di uruskan dan di rancang dengan begiti rapi hingga melibatkan pihak istana.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata, keyakinannya itu bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal. 

Sememangnyalah Azmin akan menyokong usaha ini memandangkan beliau punya masalah hubungan dengan Khalid Ibrahim sejak sekian lama.

Seperti yang telah di janjikan oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR , kehadiran Anwar Ibrahim di bumi Kajang merupakan salah satu daripada pelan dan gerakan terancang yang berlindung di bawah "Langkah Kajang" dan ianya sedikit terencat apabila Anwar Ibrahim tidak dapat meneruskan niat tersebut.

Bagi banyak pihak sudah tentu dapat memahami mengapa Wan Azizah di pilih sebagai calon gantian kemudiannya , semuanya kerana misi untuk meneruskan legasi Anwar Ibrahim menduduki kerusi Menteri Besar Selangor sebelum melancarkan "Langkah Putrajaya".

Namun ada sesuatu yang harus PKR tunaikan kini iaitu kemenangan Wan Azizah haruslah turut selari dengan "Langkah Kajang" iaitu kerusi Menteri Besar mestilah di serahkan kepada Wan Azizah.Ini penting kepada PKR kerana ianya akan mampu untuk meneruskan legasi Anwar walaupun beliau berada di penjara.

Jika itu tidak di tunaikan oleh PKR bermakna Wan Azizah merupakan kambing hitam kedua setelah Lee Chin Cheh !

Persoalan yang agak menarik untuk di perhatikan kini adalah sejauh mana reaksi Khalid Ibrahim dan pasukannya ?