Video di atas adalah satu lagi Pakar Analisis yang kononnya dapat menyoalkan ketepatan laporan Radar MH370. Berbekalkan perisian flight radar 24, penganalisis yang bertutur dalam dialek Terengganu telah menyalahkan Panglima Tentera dan laporan berita berhubung proses pencarian berkenaan.
Jika betul penganalisis radar ini pakar, tolong semua rakyat Malaysia dan keluarga mangsa cari sampai jumpa pesawat MH370, bukan menyusutkan keadaan dengan teori bodoh tanpa menunjukkan dimana titik akhir pesawat MH370 mendarat atau terhenti. Bantu sehingga jumpa, jangan mempersoalkan laporan. Ini kerana pasukan mencari dan menyelamat telah cuba mencari dengan pelbagai petunjuk yang ada. Apapun Doalah, sebagai jalan akhir kerana kita telah cuba sebaik mungkin.