Berapa pantasnya Red bean Army mengambil kesempatan dikala BN baru ura-ura untuk menubuhkan tentera siber yang diberi nama 'Blue Wave' bagi melawan fitnah yang dilontarkan oleh mereka.
Perkara pertama yang dibuat oleh mereka adalah dengan membuat twiteer palsu yang kononnya Datuk Ahmad Maslan yang menulisnya.
Dalam twiteer tersebut Ahmad Maslan telah menghina blogger, facebookers yang pro-Umno dengan mengatakan mereka sebagai sebagai sampah.
Ini mengundang kemarahan yang amat sangat kepada beberapa blogger dan facebookers seperti dibawah:
Apa yang pastinya RBA pandai mencari peluang dan ruang akibat kelalaian pemimpin kita membuat kenyataan.
Sebelum itu Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).
Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).
"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.
"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.
Post a Comment