Kempen PAS Di #PRKTelukIntan Ajak Sokong Calon Islam Tapi Tolak Nabi Bux Di #PRKBukitGelugor

dyana-sofya-calon-teluk-intan-ramkarpal-bukit-gelugor-dap-pakatan-tolak-hudud-hukum-islam

Pas tidak seharusnya ‘double standard’ berhubung pemilihan calon antara Islam dan bukan Islam pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan memandangkan perkara tersebut tidak pula dicanang pada kempen pilihan raya kecil di Bukit Gelugor.

“Ianya mula dimainkan oleh pemimpin Pas di Parlimen Teluk Intan untuk mengajak rakyat dan pengundi di sini untuk mengundi Calon DAP, Dyana Sofea memandangkan dia seorang Islam berbanding memilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang bukannya beragama Islam.

“Kita mengambil contoh apa yang berlaku di Bukit Gelugor sekarang apabila ada ahli Pas sendiri bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, dia seorang Islam yang bernama Mohamed Nabi Bux, namun apabila bertanding di Parlimen Bukit Gelugor, dia tidak mendapat sokongan sahabat-sahabatnya dari Pas sendiri,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau persoal lagi ini kerana sahabat-sahabatnya dari Pas menyokong anak Karpal Singh bernama RamKarpal.

“Mereka sokong anak Karpal Singh berbanding Nabi Nux sedangkan Nabi Nux itu membawa misinya mempertahankan hudud dan nak bawa hudud.

“Mengapa di sana, isu seperti ini tidak dimainkan, mengapa kamu memilih orang bukan Islam, mengapa kamu tidak memilih orang Islam?,” ujarnya ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Kampung Selabak, Teluk Intan malam tadi.

Tambah beliau lagi Pas sepatutnya konsisten dalam isu ini.

“Kadang-kadang orang guna nas, guna ayat Al-Quran, guna Hadis untuk memberi kepentingan sahaja.

“Cukup kepentingan dia, sesuai dengan hawa nafsu dia, dia akan guna. Kalau tak sesuai, ‘ini kita simpan’. Macamlah ayat Al-Quran itu tak terpakai di Bukit Gelugor Pulau Pinang, tapi terpakai di Teluk Intan. Hadis itu terpakai di Teluk Intan, tapi tak terpakai di Bukit Gelugor. Tak boleh macam itu.

“Jangan buat agama macam itu. Agama itu bukan macam capati, nak makan makan tak nak makan, sudah. Jadi saya minta tolong pada sahabat dalam Pas, jangan main isu ini,” katanya.

Post a Comment