#PRKBukitGelugor PAS Pulau Pinang Digesa Menarik Balik Poster Kempen Gambar RamKarpal Berslogan "Hudud For All"

 

Pakatan Rakyat hari ini menggesa PAS Pulau Pinang menarik balik poster kempen pilihanraya parti tersebut di Bukit Gelugor yang mengandungi gambar calon DAP, Ramkarpal dan slogan 'Hudud For All"' yang mula tersebar sejak beberapa hari lepas.

Hudud memang untuk PAS, tapi bukan untuk Pakatan Rakyat, apatah lagi DAP, walaupun PAS adalah sebahagian dari Pakatan Rakyat - mudah.

Soal kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dengan penerimaan hudud adalah 2 perkara berbeza.

Walaupun Pakatan Rakyat menyokong perubahan (change), tapi seperti ditegaskan Ramkarpal sendiri, tidak ada apa yang berubah dalam pendirian DAP dan Pakatan Rakyat berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan PAS - semua masih sama.

Perubahan hanya terpakai dalam soal-soal berkaitan menukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat sahaja, bukan memasukkan hukum hudud sebagai sebahagian dari undang-undang negara.

Sebab itulah poster berkenaan tidak mempunyai relevan dengan kempen DAP yang sedang berjalan.  Jika PAS tidak terlibat dengan penyebaran poster tersebut, kenapa PAS tidak membuat laporan polis menafikan pihak mereka ada terlibat mengeluarkannya?

Memandangkan laporan polis tidak ada, disitulah Pakatan Rakyat mendapat tahu bahawa PAS memang terlibat mengeluarkan poster tersebut, apatah lagi satu negara tahu hanya PAS satu-satunya pertubuhan politik di dunia ini yang kemaruk nak melaksanakan hudud.

Pakatan Rakyat berharap, tidak ada pengundi di Bukit Gelugor yang percaya bahawa DAP dan Pakatan Rakyat terlibat dengan penyebaran poster tersebut, yang terlibat hanyalah PAS.  PAS harus menarik balik poster itu dengan segera, atau membuat laporan polis jika mereka tidak terlibat.

Post a Comment