#PRKBukitGelugor RamKarpal Melahirkan Perasaan BIMBANG TAKUT KALAH dan Malukan Keturunan Karpal Singh!!


Calon DAP bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo menyuarakan kebimbangan terhadap peratusan pengundi-pengundi yang akan keluar mengundi pada PRK Parlimen tersebut. Menurut anak kepada mendiang Karpal Singh itu, beliau berasa bimbang dan kurang yakin dengan pengundi-pengundi disini dan juga pengundi yang berada di luar kawasan kerana Pilihan Raya yang berlangsung pada kali ini hanyalah Pilihan Raya Kecil dan tidak terlalu mendapat sambutan dari semua masyarakat.

Beliau juga menyifatkan bahawa pengundi-pengundi terutamanya pengundi yang tinggal di luar kawasan akan berasa malas dan tidak akan pulang untuk membuat undian kerana ianya hanyalah Pilihan Raya Kecil sahaja dan calon-calon yang bertanding juga tidak begitu popular dan tidak terlalu sengit. Menurut beliau lagi, sepanjang tempoh berkempen dijalankan, sokongan yang diberikan kepada beliau juga tidak terlalu memberangsangkan sepertimana yang diharapkan.

Post a Comment