Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Bukit Gelugor, melibatkan 148 pengundi berdaftar, berlangsung mulai pukul 8 pagi Rabu.
Empat saluran pusat mengundi dibuka untuk proses ini hingga pukul 2 petang.
Empat pusat pengundian awal itu ialah di
- Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban,
- Bilik Maklumat Balai Polis Air Itam,
- Bilik Maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan,
- Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor.
Kawasan Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,431 pengundi berdaftar dan sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka pada pilihan raya kecil itu – 139 saluran untuk undi biasa dan empat saluran untuk undi awal.
Pengundian biasa akan diadakan Ahad ini.
Post a Comment