#PRKTelukIntan Aurat : Dyana Hanya Berselendang Menghadiri Program Anjuran PAS


Isu Penampilan calon DAP, Dyana Sofea hangat diperkatakan. Terkini dalam satu program anjuran PAS menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana dilihat berselendang datang bersahaja bagi meraih undi melayu. Dyana Sofea yang telah disahkan Melayu Islam secara tiba-tiba berubah imej memakai selandang namun masih boleh dilihat rambutnya ketika berhadapan dengan orang-orang PAS. Walhal, umum mengetahui dan telah banyak tersebar gambar-gambar beliau sebelum ini bahawa gadis ini memang tidak menutup auratnya.

Satu persoalan, apakah wajar beliau diangkat sebagai pemimpin Melayu Islam bersama DAP dalam keadaan dia sendiri langgar hukum agama yang difardukan kepada wanita Islam iaitu menutup aurat?. Jika ini berlaku kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor kita marah dan mempertikaikannya. Namun, kini anak gadis Melayu Islam yang berjuang dalam DAP tidak menutup aurat kemudian mahu diangkat sebabagi pemimpin bagi masyarakat Melayu Islam?. Tidakkah kita merasa malu melihat senario ini.




Post a Comment