#PRKTelukIntan Belum Apa-Apa Lagi LGE Dah Cuci Tahi : 'Dyana Sofya Bukan Boneka Kami'


DAP yang sinonim dengan gelaran parti perkauman dan cauvinis cuba mengaburi mata pengundi apabila meletakkan calon wanita Melayu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Ternyata ia sesuatu yang jarang dilakukan apabila pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud dianggap  detik bersejarah buat parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  tetap mempertahankan tindakan parti mempertaruhkan peguam muda itu sebagai  wanita Melayu pertama calon bertanding Parlimen.

Beliau  yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun membidas kenyataan pihak tertentu yang mendakwa pencalonan Dyana hanya sekadar boneka.‬

‪"Beliau (Dyana) seorang peguam dan tak senang jadi boneka. Sebelum dinamakan sebagai calon pelbagai fitnah timbul termasuk penyebaran gambar palsu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan makan malam wanita DAP di Dewan Han Chiang, Air Itam di sini, malam Sabtu.‬

Malahan, beliau juga mendakwa pihak lawan sengaja menyebarkan gambar Dyana berpakaian seksi untuk memburukkan peguam itu.

Calon DAP pada PRK Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo juga mempertahankan parti itu yang dikatakan tidak mendiskriminasi golongan wanita.

‪Terdahulu,  Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan pencalonan Dyana tidak lebih hanya sekadar sandiwara mereka untuk menafikan DAP sebagai sebuah parti cauvinis.

‪Malah Shahrizat berasa simpati terhadap Dyana kerana masih tidak sedar dirinya hanya dijadikan boneka dan telah diperalatkan oleh DAP dalam mencapai objektif parti itu untuk memiliki kuasa politik.

Post a Comment