#PRKTelukIntan Siapa Yang Bertanding? Lim Kit Siang Atau Dyana Sofya? #MalaysiaNews


Kempen parti chauvinist DAP di Teluk Intan semakin mendapat tentangan hebat penduduk setempat apabila hari ini pengundi Melayu dikawasan Parlimen Teluk Intan telah halau penasihat DAP Lim Kit Siang dan calon DAP bagi kawasan Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya dari berkempen di taman perumahan mereka. Bagi penduduk Melayu di Teluk Intan, Lim Kit Siang dilihat sebagai seorang puppet master yang sibuk mengawal puppet beliau iaitu Dyana dan tidak memberikan kebebasan kepada Dyana untuk berkempen secara normal.

Mana sahaja pergerakan Dyana diikuti rapat oleh Kit Siang dan segala soalan yang diajukan kepada Dyana perlu mendapat restu dari Kit Siang terlebih dahulu. Persoalanya, jika ditakdirkan Dyana Sofya menang di Teluk Intan dan menjadi Ahli Parlimen, adakah beliau terus akan dikawal oleh Kit Siang? Jika Ya, baik Kit Siang sahaja bertanding di Teluk Intan kerana nampak gayanya pemimpin tua DAP ini masih gilakan kuasa walaupun sudah hendak menjangkau usia 70an.

Post a Comment