JAIS 'SERBU' Majlis Perkahwinan di Kuil : Strategi Malaysiakini dan Malaysian Insider Memburukkan Agama Islam



Malaysiakini semalam membuat lawak jenaka terbesar apabila “mencuci tangan” mendakwa kes Zarina Abdullah Majid disensasikan oleh portal berita Malaysia Insider.

Melaporkan sidang akhbar bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu, Malaysiakini menerbitkan berita berikut,

Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.
Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.
“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.
Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.
Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.
“MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.
Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala.
Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.
Para terakhir tersebut jelas menunjukkan Malaysiakini cuba menyalahkan Malaysia Insider semata-mata, sedangkan mereka juga turut melaporkan perkara serupa walaupun memetik dari Malaysia Insider.

Sebenarnya tiada beza kedua-dua portal berita pro Pakatan ini. Mereka bukan sahaja anti Melayu dan UMNO tetapi juga anti-Islam. Apa sahaja berita yang boleh memburukkan agama Islam akan dilaporkan secara sensasi.

2 comments

Bah. Pertama:

Baik NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana ini jelas MENYALAHI Perlembagaan Malaysia, yg. mempertahankan ISLAM sbg. Agama NEGARA/PERSEKUTUAN dan hak istimewa BUMIPUTERA, terutamanya BUMIPUTERA ISLAm/Melayu yg. majoriti, dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan – apalagi si LIBERAL-mamat-kari yg. memang MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/11/Khairy-police-must-uphold-law/ , Khairy: Police have a duty to uphold the law, by michelle tam June 11, 2014!

Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Makcik Sambal Belacan.
.

Reply

Bah. Kedua:

Sebenaqnya apa yg. MAIS/JAIS buat adalah BETUL mengikut yg. utamanya, undg-undg SYARIAH dan kemudian, undg-undg PERLEMBAGAAN kerana pengantin perempuan dlm ICnya adalah beragama Islam dan bapanya adalah Islam India, bahkan bukan ‘convert’pun! aJadi ibu pompuan tu sebenaqnya boleh didakwa kerana MENGHINDUKan anak-anak ISLAM dia - sebab itu aku syak keluarga Hindu si pompuan ni pun buat U-turn pula, memuji JAIS skrg!!

Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

7 April, 2012

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yang tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak yang diperkenankan oleh Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.....

(TERUSkan MEMBACA)

Makcik Sambal Belacan.

Reply

Post a Comment