'Wayang' YB DAP 'Bersahur' dan 'Berpuasa' : Petangnya Boleh Pulak 'Berjoging'

Menjelangnya Ramadhan, kita akan disajikan dengan adengan-adengan Islamik daripada pemimpin-pemimpin DAP. Ada yang telah mula memakai jubah dan ketayap, ada yang telah mula mengedarkan buah kurma, ada yang mula memijak kaki ke Masjid untuk berbuka. Tidak kurang ada di antara YB-YB DAP yang 'berpuasa' dan 'bersahur'. Dua diantaranya adalah ADUN Mengkibol, YB Tan Hong Pin dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Ka Ming. 

Kelihatan mereka mengemaskinikan status laman sosial Twitter mereka dengan adengan-adengan bersahur dan berbuka puasa. Kadang-kadang peminpin-pemimpin DAP ini lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. CTS pun kekadang kekok untuk sebut iftar, malah lebih selesa menyebut berbuka puasa. Baguslah kalau YB-YB berkenaan berpuasa untuk mengenali keindahan Islam. Celakalah mereka kalau niat mereka sekadar untuk memancing undi dan mempermainkan sensitiviti Masyarakat Islam.




Apapun CTS tabik dekat YB Ong Ka Ming. Kalau CTS sebelah petang sudah tidak berupaya lagi untuk membuat kerja-kerja berat di bulan Ramadhan, YB Serdang seorang ini boleh siap berjogging lagi sebelum berbuka! Mungkin boleh dapatkan rahsia dan petua daripadanya kot?
 
 
http://khairulryezal.blogspot.com

1 comments:

puak puak ni yg tak pernah merasa kurang makan mana boleh berpuasa . Setakat ambil gambar dan buat gempak kononya sahur dan puasa sesiapa pun boleh.

Cuba korang kurung dia sehari bersama sama kita dan tengok betul ke dia berpuasa. aku berani kerat kaki seluar kalau dia mampu.

pengalaman aku dgn cina cina yg cakap besar berpuasa di tempat kerja menunjukkan lepas pukul 10.pagi muka masing masing dah merah padam menahan lapar. Pukul tiga petang dah macam nak masuk Emergency Unit ...

puasa ni kalau tak di latih dari kecik ...Melayu pun tak tahan...Tak usah nak sembang ...

Reply

Post a Comment