Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor.
Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar Pas.
Malah, beliau berkata, Pas lebih mendahului ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.
“Kita (Pas) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pas perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada PRK DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya. – Bernama
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment