Normala Sudirman TIDAK SESUAI JADI PEMIMPIN HATTA ADUN Tenang!!


Islam sebagai sebuah agama yang syumul telah memberikan pelbagai garis panduan terhadap umatnya termasuklah dalam soal memilih pemimpin. Dalam hal ini, ulama telah meletakkan beberapa kriteria utama yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Antara kriteria utama ialah pemimpin itu mestilah LELAKI.

Hal ini adalah berdasarkan nas-nas yang sabit daripada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW serta ijtihad para ulama sebagaimana berikut: 

Dalil Al-Quran
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 34: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka”.

Dalil Hadis
1. Rasulullah SAW tidak pernah melantik mana-mana wanita pada zaman baginda sebagai ketua sama ada diperingkat wilayah atau pun ketenteraan.

2. Semasa peristiwa Bai’ah ‘Aqabah yang kedua, Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua yang semuanya lelaki dan tidak pula melantik wanita padahal mereka juga hadir dalam bai’ah tersebut.

3. Semua keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAW dalam perang Uhud, Ahzab, Fathu Makkah, Hunain dan lain-lain adalah selepas bermesyuarat dengan para sahabat baginda yang kesemuanya lelaki. Wanita tidak pernah terlibat dalam urusan ini.

Pandangan Ulama
1. Imam Al-Mawardi (450 H): diantara 10 syarat yang diperlukan untuk menjadi pemimpin ialah lelaki. Justeru wanita tidak dibolehkan menjawat Jawatan seperti Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan dan keselamatan negara.

2. Imam Hasan Al-Banna: wanita tidak dibenar menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan, wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum.

3. Dr. Abdul Qadir Abu Faris (ahli Parlimen Ikhwanul Muslimin Jordan): menyokong pandangan Imam Hasan Al-Banna dan turut menambah bahawa wanita juga tidak boleh memimpin diperingkat tanfiz.

4. Dr. Yusof Al-Qaradhawi: wanita harus menjadi pemimpin tetapi dengan syarat yang ketat seperti berumur 45 ke atas, tiada orang lelaki yang layak, wajib menjaga adab Islam semasa di luar rumah dan tidak membuat keputusan secara perseorangan.

Sejarah Islam di Andalusia
Tentera Islam telah kalah kepada tentera Kristian dalam beberapa siri pertarungan. Namun apabila kepimpinan tentera beralih ke tangan wanita, tentera Islam telah berjaya menentang tentera Kristian. Malangnya pemimpin wanita yang dilantik itu telah jatuh cinta kepada tawanan perang –orang Kristian- lalu murtad. Peristiwa ini memberikan tamparan yang maha hebat kepada maruah agama dan umat Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa wanita tidak sesuai untuk dipilih sebagai pemimpin lebih-lebih lagi jika pada waktu yang sama ada lelaki yang mempunyai kelayakan dan tidak menepati syarat-sayarat yang telah ditetapkan oleh ulama.
Wanita dengan faktor fizikal dan emosi yang mudah dipengaruhi oleh sesuatu keadaan tertentu, dikhuatiri akan melakukan tindakan yang merugikan pihak Islam seperti mana contoh yang telah berlaku pada zaman Islam di Andalusia yang lalu.

Justeru, wanita yang sarat dengan sifat keibuan dan lemah lembut adalah lebih sesuai untuk tugas-tugas seperti guru dan bukannya tugas lain yang memerlukan kekentalan mental dan fizikal yang lebih wajar dipikul oleh kaum lelaki.

Post a Comment