Manek Urai - Penamaan 6 Julai, Pilihanraya 14 Julai


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

anakmuda : Nantikan laporan terus menerus dari N41 Manek Urai

Post a Comment