Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan


Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.

''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Rasa-rasa sedar tak lagi sesiapa yang duk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu? Awat bila dah pandai sangat undang-undang, Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri pun dah tak kenai? anakmuda rasa orang macamni patut lucutkan je kewarganegaraan dia. Baru ada akal.

Post a Comment