ISA - Dipolitikkan atau demi keselamatan negara?


ISA adalah untuk menjaga keselamatan negara. Kenapa kita perlu tahan seseorang itu tanpa dibicara? Kita tahu, "prevention is better than cure". Kita juga sedia maklum negara kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan banyak dari semasa ke semasa perkara-perkara yang sensitif yang ditimbulkan dan sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei pada tahun 1986 kita hampir-hampir sekali lagi mencetuskan rusuhan perkauman dan negara kita ini juga darisemasa ke semasa tidak sunyi daripada menerima tekanan daripada golongan ataupun puak-puak yang boleh dikatakan puak pelampau yang boleh menyentuh soal isu-isu perkauman dan sebagainya.Jadi asas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara adalah lebih diutamakan dan untuk itu sekali lagi apabila dalam keadaan tertentu, masa tertentu, asas dan sebab-sebab yang kukuh dan mengikut prosedur yang diperuntukkan maka perludipertahankan.


Ahli politik terutamanya pihak pembangkang menolak ISA kerana mereka takut, matlamat yang mereka bawa terutama dalam mereka berucap atau mengeluarkan kenyataan berlaku perkauman atau membawa kepada rusuhan ditangkap dibawah ISA. Mereka mahukan kebebasan bersuara apa yang mereka tidak suka. Bolehla selepas ini mereka mempersoalkan kenapa perlu ada hak keistimewaan orang melayu. Bolehla mereka bersuara jangan bagi Azan di setiap pelusuk negara bila tiba waktu solat jika ISA dimansuhkan.


Adakah kita mahu apa yang kita lihat dikaca television mengenai berita rusuhan, tunjuk perasaan, kereta dibakar, jalan ditutup, pengeboman berlaku tak kira tempat dan masa berlaku di negara kita? Orang luar melihat kita hidup aman damai. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama, kita masih dapat hidup bersatu padu. Tapi adakah semua antara kita rakyat Malaysia mempunyai hati dan hasrat yang sama? Mahukan Malaysia aman damai? Tentunya ada anasir atau kata-kata atau ucapan yang berunsurkan perkauman atau mengganggu gugat kedamaian Malaysia. Jesteru anakmuda menyokong ISA terus dilaksanakan supaya Malaysia terus dipelihara.


Jika anda cintakan Malaysia terus aman damai - SOKONGLAH ISA DEMI KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARAKU MALAYSIA!!

Post a Comment