Kenapa UMNO dan PAS perlu bersatu?


Dewasa kini kita banyak melihat UMNO dan PAS ada persamaan yang mana boleh membawa penyatuan melayu. Kita selidik kembali sejarah awal Malaysia. Di mana pada zaman kegemilangan Melaka sebagai perlabuhan yang antara terhebat di dunia. Hampir 3000 kapal berlabuh sehari dengan 84 bahasa yang berlainan tapi berdagang dalam bahasa melayu. Namun semua ini hilang sekelipmata sahaja berpunca daripada perpecahan kaum di kalangan rakyat pada ketika itu. Moralnya disini, "Bila kita berpecah, kita lemah".


Sejarah juga pernah memaparkan bahawa PAS dan UMNO pernah bersatu pada pilihanraya tahun 1974. PAS yang tidak pernah menang semua kerusi pada ketika itu menang semua 14 kerusi yang diwakilinya. Bukti rakyat mahukan penyatuan. Kita bercakap pasal UMNO dan PAS, kita tahu UMNO sekarang tidak seperti UMNO yang kita tahu dahulu. UMNO dahulu perjuangkan kemerdekaan dimana sejarah juga mengajar kita orang melayu bersatu dibawah payung UMNO untuk memerdekakan negara ini manakala cina dibawah payung MCA dan india dibawah payung MIC.


Selepas lebih 52 tahun merdeka, UMNO kini perlukan perubahan. PAS juga perlukan suntikan supaya bangsa yang bernama melayu ini tidak lupakan sejarahnya. PAS mahukan Islam, tapi kenapa kena berkawan dengan DAP? Kenapa PAS perlu tunduk pada khafir? Kenapa PAS perlu mengkhafirkan UMNO? Sedangkan agama kita sama. Kita Islam, bangsa melayu. Apa yang berbeza adalah cara pendekatan yang digunakan kerajaan BN yang memikirkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan agama.


PAS telah banyak menanam supaya penyokongnya bencikan kerajaan BN. Apa Hasilnya? Hasilnya bangsa melayu sendiri hancur. Berpecah belah. Melayu lemah. Bangsa lain semakin berani. Berani menyuarakan supaya kita tidak boleh azan lagi. Berani menuntut macam-macam termasuk memansuhkan hak keistimewaan orang melayu dan mempersoalkan kuasa raja-raja melayu. Kita semakin lupa sejarah kita. Adakah kita sedar, dengan lemahnya bangsa melayu membawa kita kembali dijajah. Kini jajahan bangsa ke 2 kita yang semakin berani, cina. Cina dah tentunya pegang ekonomi Malaysia. Kini mereka cuba menakluk kuasa politik melayu yang umum tahu sangatla lemah.


BANGUNLA melayu. Kita seagama dan sebangsa. Solat pada kiblat yang sama. Mungkin fahaman politik kita berbeza namun UMNO dan PAS adalah sama saja. Politik adalah di dunia yang sementara sahaja. Di akhirat jua yang kekal. Kita bercakap pasal Islam, pasal solat, pasal masjid, pasal umat Islam Melayu umumnya. Sebut pasal masjid, sudah berapa banyak kerajaan PAS Kelantan bina Masjid kepada penduduk Islam Kelantan? Hampir 600 masjid di seluruh Kelantan, namun 564 buah masjid adalah hasil sumbangan kerajaan BN. PAS suarakan membangun bersama Islam, tapi dimana Islam kita kalau kita sebangsa berpecah?


SELAMATKANLA BANGSAMU SENDIRI.

JANGAN BIARKAN SEJARAH MENGAJAR KITA LAGI,

TAPI BELAJARLA DARI SEJARAH TERDAHULU UNTUK KEKUATAN BANGSA MELAYU.

Post a Comment