7 Wasiat Raja-Raja Melayu




Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin -pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 :



"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"



7 perkara itu adalah:

  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah menubuhan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk menbenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

  5. Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

  6. Kami tatapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak.


7 Wasiat yang diterjemahkan dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - secara ringkas

  1. MALAYSIA - Perkara 1 (nama, negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan)

  2. TANAH SIMPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

  3. REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

  4. RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya.

  5. ISLAM- Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

  6. BAHASA MELAYU Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

  7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)




Post a Comment