UMNO terpaksa dan dipaksa dan perlu demi kerana desakan kekuatan kaum lain yang dilihat jadi penentu kuasa atau penentu undi, akibatnya undi Melayu yang semakin berpecah.
Adakah kita harus biarkan sahaja peruntukan Perlembagaan 153 – menjadi benteng untuk mempertahankan Melayu – tanpa disokong – tanpa di junjung – tanpa di pertahankan.
Adakah dengan membiarkan peruntukan perlembagaan 153 itu maka orang Melayu akan terselamat – hak terbela dan martabat orang Melayu dapat dipertahankan?
Adakah kita lupa keutuhan, kekuatan, kekentalan sesebuah empayar mampu runtuh hancur dan tamadun bangsa itu akan hilang tanpa perjuangan mempertahankan dan mendaulatkan bangsa dan negara itu?
Kita perlu sedar – tuntutan Parti Keadilan Rakyat, memecahkan tembok perkauman – tanpa wujud demarkasi antara kaum, seumpama mencairkan keistimewaan dan hak orang Melayu dan ini hanya agenda politik tanpa kesedaran dan tanpa tanggungjawab dalam mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Adakah itu perlu kita turutkan?
UMNO seakan sudah sedar – mengetahui bahawa formula kemenangan Pakatan Rakyat adalah meruntuhkan perjuangan Melayu – mengurangkan makna Islamisasi dengan mempertontonkan Islam Liberal dan moden oleh PAS, lantas kita bangga – mengetahui formula kejayaan Pakatan Rakyat.
Kita perlu sedar bahawa kedudukan kita bukan tercabar baru-baru ini sahaja tetapi kedudukan melayu dipersoalkan sejak tahun 1930an lagi. Hari ini adalah bunga-bunga kejayaan dalam usaha mencabar dan meruntuhkan ketuanan, mencairkan dan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu khususnya bila ada Melayu sendiri yang menyilamkan dan mengusangkan perjuangan Melayu itu sendiri.
Mungkin kita lupa kepada kenyataan berikut :
Se awal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik orang Cina kerana mereka yang telah membangunkan Tanah Melayu.
Warta Malaysa 11/3/1931
Jangan sampai kita menari – dan DAP serta sekutu mereka yang sedang bermain politik bertepuk melekakan kita.
Baca selanjutnya di http://suaramalaysia.net/
Post a Comment