KERETAKKAN Pondok Buruk Pakatan Rakyat




Antara agenda penting perjuangan Pakatan Rakyat ialah untuk menyemarakkan 'gerakkan reformasi' yang bermula sejak 1998. Namun 'gerakkan reformasi' itu seperti ada yang tidak kena apabila rakyat Malaysia semakin dimomokkan dengan berita panas melibatkan lakonan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Parlimen Batu yang terkini. Hukuman penjara enam bulan kerana mengigit telinga seorang anggota polis oleh si Tian Chua. Agaknya pilihanraya kecil bakal berlangsung pula kat kawasan Parlimen ini? TIDAK KITA LUPA, aksi menampar anggota polis semasa proses penamaan calon Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir amat jelik serta mengecewakan rakyat.

Ini belum lagi kesah perilaku Nik Aziz yang mendesak EGM untuk memecat pemimpin-pemimpin parti itu yang katanya prokerajaan. Di Perak, tidak habis-habis dengan "kerenah jalanan" Pakatan Rakyat. Mereka ini sebenarnya bukan berbakti kepada rakyat sebaliknya mempergunakan sesetangah rakyat yang mempercayai perjuangan PR untuk kepentingan mereka. Apa yang sebenarnya yang mereka cuba buktikan? Bukankah yang menjadi mangsa ialah rakyat?



" Harapkan Pagar, Pagar berkarat menanti rebah"

Post a Comment