Lama aku tak lawat blog geng pembangkang yang mana aku pantau hari-hari. Tapi hari ini rasa ringan pula tangan aku nak buka blog pinkturtle, bukan apa cuma nak tengokla apa entry depa ari ni. Tup! Tup! aku tengok ada posting pasal BOHONG diterima demi dakwah dan perjuangan. Si Blogger ni macam tak puas hati ja ngan PAS. Dulu TAKBIR sangat. Sekarang baru nak celik. Takperla. Janji anda mengetahui dan sedar apakah perjuangan sebenar PAS.
Dari dulu lagi Anwar dah kata PAS ni Parti yang hanya bertopengkan Islam. Dah lama dah dok menipu, tapi sayang puak PAS dan penyokong PAS ini duk sangka perjuangan PAS ni merupakan perjungan Islam. Kira tahap boleh mati syahidla... Hebatnya PAS di mata penyokongnya hingga sanggup diperbodohkan oleh orang yang pandai mengunakan hadis untuk berbicara politik di hadapan umat Islam masa kini yang lemah iman dan ilmu agamanya. Kalu dah pandai baca hadis, konfremla ulamak dah depa ni, mesti sokong perjuangan ulamak ni.
Aku pernah la duk lepak-lepak dengan geng bloggers lain, tanya pada satu makcik yang aku agak merupakan isteri penyokong/pemimpin PAS. Makcik tak kerja ker datang sini hari ini? Dia jawab, kerja semua duniawi, perjuangan akhirat adalah lebih diutamakan. Yang sedihnya datang dengan harapan perjuangannya merupakan perjuangan demi agama dan akhirat. Tapi tanpa sedar PAS hanya mempu berbohong dan menghalalkan apa sahaja demi politik dunia yang sementara ini. Adakah ini masih belum dapat dilihat oleh PAS dan sokongannya?
Kita lihat kerajaan sekarang sudah memberikan terbaik untuk kita dari pelbagai segi termasuk agama dan pelajaran supaya kita dapat hidup dengan selamat dan selesa di Malaysia ini. Cuma aku kurang setuju dengan kerajaan apabila meletakkan pembangunan sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat terhadap pentadbirannya. Bagi aku yang juga rakyat Malaysia di bawah kerajaan sekarang, amatlah aku bersyukur. Cuma pemikiran kerajaan sekarang perlu sedikit perubahan demi meraih banyaknya sokongan kembali demi keberlangsungan pentadbiran kerajaan.
Kerapuhan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri dan kemenangan di Bagan Pinang bukanlah kayu ukur untuk kerajaan UMNO/ BN untuk mendada kemegahan kononnya mereka masih mendapat sokongan rakyat. Kerajaan UMNO/BN perlu bangun dan lihat sekitar, apakah rakyat benar bencikan UMNO/BN. Kenapa? Jika itu dapat diselesaikan, InsyAllah PRU13 Barisan Nasional akan terus menerajui negara dengan majoriti yang besar. Memang sukar untuk dilakukan tapi inilah realiti dunia sekarang, kadang-kadang kerana nila setitik susu sebelanga orang buang, begitalah nasib BN. Jangan leka dan teruskan perjungan yang masih belum selesai.
Post a Comment