Khalid Ibrahim Kambing Hitam Anwar : Nik Aziz lebih layak pimpin PR?


Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat hari ini semakin goyah dan menunggu masa untuk rebah. Terkini perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Nampak sangat si Khalid tak pandai jana ekonomi, pengurusan dan pelaburan di Selangor. Lepas diikat hidung oleh DSAI kononnya hanya diberikan elaun RM1(Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1), Khalid akan dibonekakan yakni sekadar ada jawatan MB tapi keputusan si pengembala kambing hitam iaitu DSAI yang akan buat.

Anwar berkata, fokus utamanya selepas dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ialah untuk membantu Menteri Besar dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, di negeri itu.

Apakah ada motif terselindung di saat Anwar sedang bergelut kes tuduhan liwat yang dihadapinya di mahkamah?

Dan menurut Tun Mahadhir, Anwar tak tahu pasal ekonomi. Jadi Apa Ka Jadahnya DSAI jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Terbaru juga, Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun berkata dua pemimpin tertinggi Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jauh lebih layak menerajui pakatan pembangkang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
katanya, "saya ada membaca kajian di kalangan ahli Pas yang percaya Nik Abdul Aziz lebih layak menjadi ketua pakatan pembangkang. Ini menunjukkan semakin hari tembelang Anwar mula pecah"

Punahla harapan DSAI yang mahu mengampukan dirinya sendiri bila jadi Perdana Menteri nanti. (kononyala) TGNA dan Hadi, agaknya sapa Pemimpin Pembangkang yang layak jadi pimpin Pakatan Rakyat? Apakah Penyokong Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan demontrasi membantah? Adakah DSAI akan diturunkan pangkat dalam carta Pemimpin Pembangkang? Apakah nasib DSAI selepas ini?

Post a Comment