Kota Siputeh : antara peluang & jerat buat Mukhriz?


aku ada baca di blog yang meramalkan supaya Mukhriz bertanding bagi DUN Kota Siputeh. Mukhriz yang kini memegang Parlimen Jerlun antara nama yang dinaikkan dan dipercayai boleh mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional di Kota Siputeh. Ini kerana, Mukhriz juga dihormati penyokong PAS dek kerana sikapnya yang mudah didekati lagi disegani di kawasan Parlimennya Jerlun. Aku juga ada terdengar suara-suara bahawa semasa Pilihanraya Umum lalu, pemandu kereta PAS yang membawa pengundi untuk mengundi di Kota Siputeh meminta supaya rakyat Kota Siputeh memilih PAS untuk DUN dan Mukhriz untuk Parlimen.

Di
Blog Nobisha turut mengutarakan lima sebab untuk pemilihan Mukhriz sebagai calon BN bagi kerusi tersebut. antaranya adalah :

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Bagi pandangan fikiran aku pula, Mukhriz memang terbaik untuk Parlimen terbaik. Bagi pihak aku yang mengenali Mukhriz dek kerana kerap keluar masuk Parlimen dan sering menemui beliau secara personal, Mukhriz memang seorang yang rendah diri dan mudah untuk didekati tidak kiralah untuk berbual atau mengambil gambar bersamanya.

Untuk itu, meletakkan Mukhriz sebagai Calon Kota Siputeh aku lihat ada kemungkinan jerat untuk menjatuhkannya. sememangnya umum tahu, dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat. Ini kerana majoriti itu bukan satu majoriti yang mudah. PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Untuk Rekod, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.

Aku melihat bukan mudah untuk BN terus menerajui Kota Siputeh dek kerana masalah disiplin ADUN sebelum ini. Nak bersihkan tanggapan buruk serta masalah yang disiplin atas sebab kegagalan wakil BN untuk hadir ke Persidangan DUN diletakkan dibahu Mukhriz. Umpama mahu mengumpan untuk menjatuhkan Mukhriz. Apakah ini jerat pembangkang buat Mukhriz? Apapun kita perlihat kehendak rakyat di Kota Siputeh juga. Siapa agaknya akan mereka pilih adalah terletak di bahu mereka.

Post a Comment