Sebagai orang yang waras, jika kita diberi pilihan yang mana antara peliwat dan juga pemimpin rohani, siapa yang bakal anda pilih? Zaid Ibrahim dalam blognya telah memberi pandangan peribadi beliau supaya peliwat ditolak, ini kerana katanya Pemimpin rohani seperti TGNA, tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.
TGNA diterima oleh semua kaum dan agama. Maka Zaid terus mencadangkannya kerana berpendapat hanya apabila diletak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.
Malangnya, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi Zaid nak jadi ketua Pakatan dan ada pula yang menuduh Zaid tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini.
Apapun, itu semua cadangan Zaid, kita beralih arah kepada pandangan Zulkifli Kulim pulak. Ini dipetik disini. Peliwat tetap akan mengetuai Pakatan Rakyat walaupun ada cadangan supaya Mursyidul Am PAS TGNA mengambil alih.
"Peliwat dipersetujui untuk mengetuai (Pakatan). Apabila insya Allah kita menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, kita akan angkat Peliwat sebagai perdana menteri Malaysia"
Ini dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat yang murni ini telah membelakangkan pimpinan ulama. Kata mahukan Pimpinan Ulama? Yang jelas adalah peliwat tetap pilihan hati untuk memimpin Pakatan Rakyat dibawah gabungan PKR, PAS dan DAP. Apa yang aku dapat simpulkan satu lagi DAP sepeti api dalam sekam yang hanya diam membisu mengenai perkara ini. Bila roket tidak berdestinasikan bulan, tapi bulan sanggup naik roket, maka atas paksi apakah perjuangan Pakatan Rakyat ini?
Post a Comment