PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) sejak dua menjak ni tetiba saja dikenali umum. Aku yang sebelum ini tidak pernah dengar mengenai hatta kenai apa dia PMBK tew pun tetiba berminat nak tahu. Maklumla, lubuk pembangkang yang kononnya suci dari dosa. Lubuk PMBK ini jadi panas sejak kick"dat"fella kena kick dari situ. Maka bermulalah detik pendedahan demi pendedahan oleh blogger pembangkang tersebut.
Rasanya ramai dah tahu si menantu TGNA adalah orang yang bertanggungjawab dalam memecat kick"dat"fella. Krisis antara yang dipecat dan yang memecat bagaikan drama tamil yang salih bergaduh menggunakan pelbagai media termasuklah blog. Apapun bila aku baca blog Perisik Rakyat yang kita tahu memang cekap dalam merisik dan mendedahkan maklumat salah kerajaan tetiba menjadi "kokak" bila nak dedah salah sendiri. Kenapa jadi begini?
Kalau anda kurang percaya, sila baca di sini, semua ayat yang digunakan, ala-ala coverline takut pecah lubang. Maka bermulalah cerita menggunakan " dan diakhiri " seperti "khabar" , "kisahnya" , "hentaman" , "mastermind" , "pembunuh karektor" dan tidak dilupakan sipolan-sipolan. Maklumla, salah sendiri susahlah nak bongkar, namun apa yang aku minat dia punya tagline kat bawah tew yang berbunyi "Berkata Benarlah Walaupun Pahit".
Post a Comment