GEMPAR!! Pendedahan Pentadbiran Negeri PAS Kedah



Aku pulang ke Kedah minggu ni.. Biasala nak sambut Raya Korban dengan Family. Dah terlanjur balik mai Kedah. Aku pun hello member aku. Apa lagi, post biasa, stadium darul Aman, lepak minum dan bertukar-tukar fikiran. Aku pun tak lupa nak tanya bab pentadbiran PAS sekarang. Macamana? Kedah Sejahtera? Member aku gelak sakan. Dia cakap ang nak tau cerita? Nah ni kisah PAS di Kedah.

Sekarang ni PAS Kedah yang diketuai oleh Azizan sedang canang dengan rakyat untuk mengorek minyak di Yan. Bab nak cari gali minyak ni zaman kerajaan BN lagi dah bunyi. Nak cari minyak untuk tambah pendapatan negeri. Hak yang cari gali minyak kat Yan tew aku tak heran, tapi yang aku heran, kenapa dulu masa BN nak buat si hamPAS ni gagah nak tentang, siap print banner, hasut penduduk kampung, tentang kononnya nanti peniaga air nira di Yan akan hilang pendapatanla, macam-macam lagi, siap masuk tv lagi, biasala publisiti. Alih-alih, naik saja kerajaan Pas Kedah, canang nak masyuk ngan minyak pulak. Katanya Kedah takdak duit...

Bab seterusnya, sekarang ni kalu nak jadi penyambut tetamu mahupun penaip (jawatan tukang taip ni wujud ka lagi dalam pengambilan kerajaan?) senang sahaja. Apa yang diperlukan bukanlah sekeping sijil SPM mahupun sijil tamat Taska, tapi sekadar sedara mara penasihat MB ker, sepupu sepapat exco ker, adik beradik serta kroni PAS ker, boleh masuk kerja di SUK tanpa perlu interview mahupun exam. Serap masuk terus. Bab gaji, Q8 semua akan diuruskan kemudian. Masuk kerja secara tetap tanpa melalui SPA Negeri dah. Senangnya.. Ini baru namanya ketelusan dalam pentadbiran.

Dulu time BN tadbir negeri, hari ahad semua senyum lebar. Pegawai kerajaan dapat rehat 2 jam (seperti rehat pada hari Jumaat di Kuala Lumpur), kini tiada lagi. PAS dah potong. Terer PAS tadbir Kedah.

Lagi? MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) sudahpun diswastakan mulai bulan Oktober yang lepas. Bila dah swasta, apa yang orang Kedah nampak hanyalah, parking motor, kereta berbayar (kira yang masyuk jer nampak dijaga). Yang lain macam seperti landskap Alor Setar memang hancor, rumput panjang, pokok tak terjaga, jalan lubang, hanya ditampung, seperti buat kerja sekadar jer. Sampah, 2 minggu sekali, atau ikut suka ati mak bapak diorang ja, bila agak nak mai pungut, pungutla. Yang duk berdimbun sapah tew, lantakla.. PAS kan ada "Kedah Sejahtera" kan!

Inilah dia realiti PAs, tadbir negeri Kedah, abis semua hancur. Kata UMNO kroni, apakah bezanya dengan cara pengambilan pekerja kroni di atas tadi? Buat kerja? Claim? Puak Kroni PAS ni memang terer. Bila lagi nak kaut habis-habisan? Makan dengan family pun ambil resit, lepastew claim kat kerajaan Kedah kononnya jumpa pelabur. Pelabur kepala jubur! Tahun depan diramalkan ekonomi Kedah bakal menjunam kalu PAS tak gali minyak. Apa lagi PAS? Canang cepat, kipas rakyat, lepas ni ble jadi taukeh minyak di Utara. Dulu takble, kini boleh, pandai main flip flop yer?

Post a Comment