kick"dat"fella kuat mengulat di PMBK?


Semalam tangan aku tetiba terasa nak tekan channel astro awani. Kebetulan masa tew berita pasal si fella ni kena kick. Menantu TGNA dedah punca si fella ni di kick oleh beliau dan mertua beliau. Katanya ia berpunca daripada si fella sendiri yang kuat mengulat bukan sebab laporan SPRM (kira ayat coverlinela ni). Datang kerja ikut suka ati kau saja. MC pun sesedap rasa... Rasa nak MC dan MC jerk!

Kiranya apa yang aku dapat simpulkan bahawa si fella ni kuat mengulat, mengelat dalam melakukan kerjanya tapi dalam masa yang sama pandai cari helah tutup kesalahan sendiri. Senang kita kategorikan adalah kategori pekerja tidak berdisiplinla... Kalu aku jadi bos pun aku kick je mamat fella ni... Tulis kat blog si fella ni kalu kita baca, orang len buat semua takdak betol, last2 sendiri buat depan mata dan dalam badan sendiri tak nampak.. hahah!! Apapun aku tak dapat bukti kesahihan berita ini sebab ini semua berdasarkan statement menantu TGNA di berita Astro Awani. Sebab bagi aku dua-dua ni bukan boleh dipercayai pun.

Blogger pembangkang yang mana dulu seangkatan dengan si fella mula menikam fella.. Tew yang best tew, member buat salah sikit abis semua dah mula menembak. Contohnya angpa boleh baca pinkturtle yang perli si fella dengan story ni. Perang badarla puak ni. hahah!! aku cuba meracuni si fella untuk lompat blogger (hahah) kira macam kategori lompat partila. Namun malangnya komen aku dipadam dan tidak disiarkan si fella. Mungkin dia dah buat sumpah taat setia ngan PAS kot. Takutla tercerai bini talak tiga. Sian anak-anak. (andaian akula). Takkan masih setia walaupun dah kena kick? Pelik kan2? Apa kata anda sahabat pembaca?

Post a Comment