Melayu tunduk lagi!!!!!



Sedih dan kecewa ini disuarakan oleh melayu yang sedar akan gerakkan yang boleh digambarkan sebagai "bara dalam jerami" oleh pembangkang terutama DAP. Aku dapat msg ini dari seorang rakan selepas statement Nazri Aziz yang tunduk untuk merombak BTN (Biro Tata Negara). Kenapa kita perlu tunduk pada desakan seperti ini? Kenapa BTN perlu ditunda? Sedikit demi sedikit melayu kini seperti merelakan Malaysia clon kepada Singapura. DAP yang berselindung belakang PKR dan PAS seperti racun yang sedikit demi sedikit mempengaruhi melayu untuk berpecah dan tunduk mengikuti telunjuk mereka.

Yang aku heran, kenapa kita kena ikut telunjuk dan desakkan mereka? Mana UMNO yang mempertahankan hak melayu? Nazri!!! Kenapa BTN perlu dirombak? Sejarah kita memang jelas bahawa pembangkang memang mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Semua bangsa mempunyai hak yang sama. Kalau dah macamni macamna dengan Hak istimewa melayu dan bumiputra? Hak kita dikikis setiap hari demi pemintaan pembangkang yang tak sudah dan tak pernah cukup kemahuannya. BTN menerapkan apa yang betul. Apa yang dikatakan bagi menjaga Malaysia dari peristiwa 13 Mei berulang. Mahukan kita melihat sejarah ini diulangi? Atau kita rela menjadi pendatang di negara ini? Seperti nasib melayu di Singapura hatta nasib melayu di Pulau Pinang?

Post a Comment