Kenapa harga mereka sama ? Pelik tak ? Mungkinkah ketiga-tiga mereka ditaja oleh orang yang sama ? Walahualam..
Pas Kelantan mempertahankan tindakan penaja tersebut ,katanya sudah menjadi amalan orang Kelantan menaja tok-tok guru pergi ke Mekah.
Nik Aziz sudah berkali-kali menunaikan Haji. Sedangkan dalam Islam kita diminta sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menunaikan Haji. Tidak perlu berkali-kali. Kalau ada duit lebih adalah lebih afdal diberi kepada orang yang tidak mampu untuk menunaikan Haji pergi ke Mekah. Pahalanya lebih banyak. Lagi pun kuota negara kita yang terhad,maka lebih baik diberi kepada orang yang baru kali pertama ke Mekah. Nik Aziz yang dah berkali,tidak perlu nak menyibuk,beri peluang kepada yang tak pernah pergi terlebih dahulu. Kan lebih afdal begitu.
Pakej VVIP Nik Aziz RM 65,000.00 = 5-6 orang untuk pakej biasa
Ramai lagi yang nak gi buat haji, kenapa orang yang berkemapuan macam TGNA yang sedia mampu ditaja? Rakyat Kelantan len yang tidak berkemapuan kenapa tidak taja? Kenapa mesti insan yang bergelar TOK GURU sahaja? Apa beza mereka dengan rakyat biasa yang meskin serta berkeinginan untuk menunaikan haji. DI MANA HAK MEREKA UNTUK BERSAMA KE TANAH SUCI?
Sebagai seorang yang sering mengatakan beliau bersikap sederhana dan merendah diri mengapa Nik Aziz setuju terima tawaran pakej VVIP? Sepatutnya Nik Aziz tolak dan ambil pakej biasa sahaja. Apabila bercakap beliau sering berkata Nabi buat begitu,buat begini. Adakah Nabi ambil pakej VVIP semasa menunaikan Haji ?
Nik Aziz samakan penaja pakej Haji beliau dengan orang yang mengambil selipar beliau. Maknanya penaja ini juga syirik,kerana percaya menaja Nik Aziz pergi ke Mekah boleh dapat berkat seperti mana orang yang mengambil selipar beliau untuk mendapat berkat.
Penaja tidak akan menaja buta-buta ,jika tiada agenda tersembunyi di masa lepas-lepas atau masa akan datang. Ada ubi ada batas. Termakan budi mestilah kena balas...
NIK AZIZ : RAKYAT MAU TAHU SIAPA YANG TAJA?
Nik Aziz perlu jujur kepada rakyat Kelantan,beliau perlu memberitahu siapa yang menaja beliau, agar rakyat tahu siapa dia.
Post a Comment