TGNA : Pemimpin Melayu ke 2 selepas DSAI menolak Melayu


Biar apapun alasan yang diberikan terhadap kenyataan TGNA bahawa kesediaan kerajaan PAS Kelatan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan melayu memerintah tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang melayu khasnya melayu Kelantan.

Bagi menyaport kenyataan ini, TGNA telah mengeluarkan fatwanya yakni bahawa, Islam tidak memandang bangsa dalam memilih kepimpinan tetapi melihat kepada kelayakkan dan akhlak seseorang itu memang bertepatan dengan kehendak Islam. (memang Islam tidak memandang pada bangsa, sebab Islam dianuti oleh pelbagai bangsa : dalam kontek Malaysia, bangsa Melayu agamanya Islam, adakah cina dan india juga Islam? kalu adapun berapa kerat ja? Jika mereka pun Islam, ya... aku sokong mereka untuk menjadi pemimpin, ini tidak!)

Persoalan aku, kenapa TGNA sanggup menolak melayu dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh dijadikan polemik politik oleh kaum-kaum lain di Malaysia? Adakah dek kerana hak samarata dan samarasa yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat?

Tidak adakah lagi Melayu Kelantan yang beragama Islam lain berkelayakkan dan berakhlak tinggi untuk digantikkan dengan TGNA? Sekiranya "bulan" berjaya, dan ditakdirkan PAS memerintah Malaysia suatu ketika nanti, tidak mustahil orang melayu akan melihat mungkin ramai lagi MB di negeri-negeri lain di Malaysia bukan melayu. Siapa sahaja boleh dilantik janji berkelayakkan dan berakhlak termasuk dalam pelantikan PM, tidak semestinya DSAI.

Apakah ini satu strategi politik PAS yang menjalankan buah caturnya untuk mengalih tangkapan umum tentang situasi panas yang berlaku di Kelantan, antaranya kes yang melibatkan menantu TGNA sehingga membawakan kepada perletakkan jawatan Pegawai Eksekutif PMBK.

ghostwriter: setiap undi anda akan disoal oleh Allah SWT nanti. Adakah undi anda kepada pemimpin yang beragama Islam?

Post a Comment