DAP : Middle Malaysia ganti Malaysian Malaysia


DAP tak semena-mena, tanpa riuh-rendah dan sorak-sorai, telah memperkenalkan konsep Middle Malaysia. Lim Guan Eng, memperkenalkan konsep itu di Konvensyen Kebangsaan Ke-15 parti itu di Ipoh pada 17 Januari.

Soalnya, adakah gagasan Middle Malaysia DAP ini berupa gagasan Pakatan Rakyat atau ia percubaan DAP mengambil alih pemanduan pakatan tiga parti itu?

Daripada nada ucapan Guan Eng seperti dilaporkan oleh BERNAMA, nyata DAP berhasrat menjadikan Middle Malaysia sebagai laluan tengah yang akan membawa Pakatan Rakyat ke destinasi mutakhirnya iaitu Putrajaya.

Umum sedia maklum bahawa DAP adalah parti tua yang berpegang kuat kepada prinsip dan bergerak bersendirian sehinggalah dipujuk menyertai PKR dan Pas dalam pakatan pilihan raya pada tahun 2008.

Hasil pakatan itu, DAP mencapai kemenangan besar untuk menjadi parti pembangkang kedua terbesar di Parlimen selepas PKR dan buat kali pertama sejak penubuhannya pada tahun 1967, berjaya memerintah sebuah negeri iaitu Pulau Pinang.

Namun kepemimpinan DAP sentiasa sedar bahawa apa pun berlaku kepada Pakatan Rakyat, ia tidak boleh sama sekali menjejas keupayaan DAP berdikari dan terus menjalankan peranan sebagai parti majoriti Cina.

Dalam konteks itu, Middle Malaysia boleh dilihat sebagai penjenamaan dan penjelmaan semula Malaysian Malaysia yang sudah berusia 33 tahun.

"DAP juga mendapati dirinya menjadi sasaran pihak-pihak yang menuduhnya sebagai parti cauvinis Cina yang matlamatnya adalah menghakis hak istimewa orang Melayu dan menggugat Islam sebagai agama kebangsaan."

DAP mempelopori konsep Malaysian Malaysia yang menekankan persamaan buat semua tetapi ditolak oleh majoriti orang Melayu.

Jadi, adakah Middle Malaysia berupa jawapan DAP kepada penolakan orang Melayu terhadap Malaysian Malaysia dan percubaannya meredakan perbezaan ideologi dan dasar yang luas di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya dengan Pas?

ghostwriter : DAP memperjuangkan negara sekular manakala Pas memperjuangkan Negara Islam. Dasar DAP lebih hampir kepada PKR yang memperjuangkan persamaan.

Post a Comment