Desakan supaya penangkapan SEGERA dilakukan terhadap penghantar BABI HUTAN


aku terkejut mendapat berita pada pagi ini apabila mendapat berita bahawa terdapat serangan oleh mereka yang sengaja mencetuskan kekecohan dengan menghantar kepala babi hutan di masjid sekitar Jalan Klang Lama.
Apa yang aku dapat lahirkan di sini, 'ini sudah melampau'. Sengaja mengapikan isu agama. Apapun aku berharap pihak polis dapat menangkap mereka yang membuat pekerjaan ini sebelum isu ini menjadi parah. ISU agama dan bangsa boleh membawa kepada peristiwa 13 Mei berulang.
Aku yang turut bergegas ke kawasan kejadian bagi melihat sendiri apa yang berlaku. Menurut wartawan yang aku lepak bersama, melalui cerita-cerita dari telinga ke telinga, ini biasanya dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai kewarasan fikiran atau dibayar untuk melakukan kerja ini. Apapun keputusannya, Polis masih lagi menyiasat. Sama-samalah kita tunggu dan tengok siapa punya angkara ini....

Post a Comment