Minyak oh Minyak


Umum tahu minyak merupakan isu sensitif kepada rakyat. Kerana minyak, harga barang juga akan melambung naik tanpa turun semula, kerana minyak kerajaan sekarang boleh tumbang. Luka lama akan berdarah kembali bila ada ura-ura yang mengatakan bahawa harga minyak akan distrukturkan semula bagi memberikan subsidi ini kepada yang berhak mendapatkannya dilaksanakan kelak. Bagi rakyat bukan alasan yang dimahukan seperti kerajaan menstrukturkan semula subsidi petroleum, tetapi apa yang rakyat akan memperoleh dari dasar yang mahu dilaksanakan ini? Adakah rakyat akan kembali merana dek kerana harga barang naik kesan dari kenaikan ini?

Apa yang kerajaan buat sekarang adalah kerana :

• Subsidi petroleum ini adalah efficient dan fleksibel untuk menstrukturkan petroleum subsidi untuk kebaikan kereta persendirian sahaja. Ia bukan bermakna kerajaan menarik balik subsidi tetapi menstrukturkan semula subsidi petroleum. Buat masa ini, cara mengenal pasti golongan yang layak mendapat subsidi petroleum adalah dengan mengenal pasti kapasiti enjin.

• Menggalakkan rakyat supaya mengurangkan penggunaan minyak. Kalau rakyat menggunakan penggunaan minyak yang rendah sebulan, rakyat akan mendapat subsidi petroleum secara penuh berdasarkan kepada 100 litter petroleum subsidi sebulan. Kerajaan perlu merancang untuk mengurangkan penggunaan petroleum di kalangan rakyat kerana rizab petroleum kita akan habis dalam 22 tahun akan datang (sumber MOF).

• Penggunaan minyak per capital di negara kita adalah antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara Thailand, Singapura dan Indonesia. Negara dilihat melakukan pembaziran penggunaan minyak. Ini merupakan langkah-langkah yang diperlukan yang diambil dari pihak kerajaan untuk mengurangkan penggunaan petroleum ini.

Komen aku berkenaan perkara ini, apa pun alasan, kerajaan perlu memikirkan secara keseluruhan kesan dari penstrukturan petroleum ini. Cadangan aku kepada kerajaan adalah seperti berikut :

• Melaksanakan pelan tindakan secara perlahan-lahan. Contohnya, laksanakan dulu minyak subsidi hanya untuk rakyat Malaysia sahaja. Nak isi minyak, tunjuk IC, dapat minyak subsidi penuh. Kalau tidak ada IC, boleh beli minyak, tapi tanpa subsidi atau dengan kata mudah, minyak pada kadar harga minyak dunia sekarang. Bayangkan jika kerajaan laksanakan idea aku ni, maka berapa banyak dah kerajaan jimat? Kita tahu bahawa banyak kereta dari negara jiran kita yang menikmati subsidi negara kita, ini tidak termasuk lagi mereka yang menyeludup secara haram minyak subsidi kita. Apa pun berbalik kepada penguatkuasaan undang-undang di negara kita. Petroleum subsidi hanya untuk rakyat Malaysia SAHAJA!

• Harga minyak tinggi? Takkan harga kereta pun antara yang tertinggi di dunia? Alat ganti kereta pun takkan tinggi juga? Kerajaan kena fikirkan satu pelan bagi menyelamatkan industri proton dan mengurangkan harga kereta import dan alat ganti kereta. Baru adil kiranya macam ada give n takela… kerajaan dapat kurang subsidi rakyat dapat kereta murah.

Post a Comment